Tuesday, April 23, 2013

TIPS TIPS MEMANCING DAN MENGENAI JORAN

TIPS LUAR BIASA MEMANCING UDANG GALAH

 Tips yang diturunkan dibawah ni berdasarkan pengalaman sendiri dan yang diajarkan sifu-sifu di Sabah :

1   Pakai mata pancing buat sendiri ( biasanya yang amat praktikal pakai tali gitar ( bass ) kan dalam dia ada lagi besi yang kecil... pakai tulah... bentuk-bentukkan sikit macam mata kail yang dijual dikedai tu.. Nota: Hasil eksperimen saya dalam arena pancingan udang ni... kalau perbandingan antara matai kail yang dijual dikedai dengan tali gitar ni... 10 ekor hasil mata kail bikin... 1 ekor oleh mata kail berbagai jenama ( Nisbah 10:1 )
2   Pakai stokin wanita... Caranya simpan umpan dalam stokin tu,kemudian labuhkan macam sauh... Cuba tunggu 1/2 jam... akan kelihatan beberapa ekor udang akan melekat pada stokin tu kerana ia cuba menyepit tapi tak boleh terlepas...
3   Pakai rasuah... Caranya kena beli 1 tin sardin,kemudian tebuk tin tersebut buat lubang-lubang kecil tetapi biar banyak... lepas tu labuhkan macam sauh juga...lihatlah hasilnya..
4   Kalau banjir jangan disangka udang tak makan pancing,biasanya kalau air keruh,udang akan mencari makan berhampiran tebing... so,pancinglah ditepi...
5   Kalau udang galah ni galak makan pada waktu matahari nak tenggelam,baik berhenti... jangan teruskan... bukan apa banyak buruk dari baiknya terutama kalau mancing seorang ditempat yang terpencil

CIRI CIRI JORAN TERBAIK





















Joran
Bila disebut sahaja joran semua orang tahu apa kegunaannya. Dari kanak-kanak yang seusia 7 tahun sudah tahu joran digunakan untuk memancing ikan atau udang. Malahan ketika kita zaman kanak-kanak dahulu pun sudah tahu apa fungsinya bezanya semasa zaman tersebut untuk memiliki sebatang joran seperti kanak zaman sekarang memanglah amat perit..kecuali ibu bapa mereka yang berduit, Diwaktu zaman saya dahulu, untuk memancing ikan kami terpaksa mencari pokok buluh atau pokok rembia, diambil pelepah yang masih muda dipotong,dilurut ( dibersihkan ) daun atau tangkainya untuk dijadikan sebatang joran dan diikat benang atau tangsi dihujungnya dan mata kailnya diperbuat dari pin baju atau jarum peniti yang dibentukkan seperti mata kail. Berbeza dengan kanak-kanak dizaman sekarang, segala-galanya sudah tersedia didepan mata.

Terdapat beratus jenis joran yang ada dipasaran, dari yang pendek hingga yang panjang. Dari jenis yang terbaik hinggalah jenis yang biasa. Ada yang jenis hanya sebatang sahaja, ada yang bolih dipisahkan kepada 2 bahagian malahan ada yang jenis bolih dimasuk-masukkan menjadi lebih pendek seperti teleskop dan berbagai jenis lagi. Terpulang kepada anda jenis yang macam mana menjadi pilihan anda. Namun begitu, nasihat saya belilah joran mengikut jenis ikan yang anda ingin memancing atau carilah jenis joran yang bolih digunakan untuk pelbagai jenis pancingan.

Mari kita mengenali serba sedikit beberapa perkara berkaitan dengan joran. Sebelum kita membeli atau menceburi bidang memancing, kita haruslah mengetahui beberaa perkara berkaitan dengan komponen-komponen sebatang joran.

1. Bahan-bahan Asas;
Kebanyakkan joran telah diperbuat dari pada grafit, boron, kevlar dan armorid veil, ia merupakan bahan asas untuk membentuk sebatang joran dan sangat kuat tetapi rapuh. Jika joran anda terhentak dengan sesuatu benda yang keras sperti batu batang kayu ia mudah retak. Justru itu elakan dari hentakan yang kuat.

2. Tulang Belakang.
Kebanyakkan joran yang ada dipasaran mempunyai tulang belakang atau dikenali sebagai "backbone" kecuali joran untuk pancing layang ( fly rods ). Joran jenis ini diperbuat daripada buluh yang dikenali di Barat sebagai "built cane rod". Untuk mengetahui dimana kedudukan tulang belakang sebuah joran, cuba anda lenturkan sebatang joran, bila anda lenturkannya anda akan terasa bahagian yang tegap dan kuat. Itulah yang dipanggil " tulang belakang ".

3. Lenturan.
Setiap joran mempunyai profil lenturannya sendiri ( aksi ) apabila ia mengalami tekanan samaada ketuka melawan ikan atau anda melontar umpan. Terdapat 3 jenis lenturan untuk sebatang joran:


  1. Lenturan hujung ( tip action )
  2. Lenturan sederhana ( medium action )
  3. Lenturan parabolik ( parabolic action )

Lenturan hujung ( tip action ) adalah joran yang hanya melentur dibahagian atas sahaja. Bahagian yang dekat dengan tempat pemegang masih tegap dan lurus. Jenis joran ini bagus digunakan untuk melontar gewang umpan jenis keras.

Bagi anda yang mempunyai hanya satu joran untuk semua jenis pancingan, joran jenis lenturan sederhana ( medium action ) adalah bagus untuk menjadi pilhan anda. Ia dapat digunakan untuk kedua-dua aksi. Harus diingat joran ini hanya dapat memberikan aksi sederhana sahaja.

Manakala joran yang mempunyai aksi lenturan parabolik ( parabolic action ) pula, ia sangat bagus digunakan untuk melontar umpan yang lembut dan yang mudah rosak seperti umpan tepung, soya, cacing dan sebagainya. Joran ini agak lembut aksinya jadi ia tidak merosakkan umpan. tambahan jika ikan yang dipancing mempunyai mulut yang lembut dan mudah koyak, joran jenis ini amat sesuai. disamping itu menggunakan joran jenis ini memudahkan kita mengetahui jika ikan sedang memakan umpan.

Perlu diingat, jika anda menggunakan tali jenis sulam ( braided ), tali ini akan mudah putus kalau gerakan lontaran anda terlalu mengejut atau kuat. Joran jenis parabolik atau sederhana yang lebih lembut dapat mengelakkan perkaraini dari berlaku. Tetapi jika anda menggunakan joran jenis lenturan hujung ( tip action ), pastikan anda membuat lontaran dengan berhati-hati jika tidak rapala anda terbang kedalam sungai atau lombong.

Ramai pemancing kebingungan ketika membeli joran, berapa panjang joran yang sesuai digunakan untuk memancing. Kesesuaian panjang joran banyak bergantung kepada jenis ikan yang anda cari dan dimana anda ingin memancing. Disini saya berikan sedikit tip untuk memilih joran yang sesuai;
  1. Panjang joran untuk melontar umpan atau gewang tepat kesasaran seperti dibawah ranting
  2. pokok kayu atau reba.
  3. Untuk mengerakkan umpan atau gewang dengan sempurna.
  4. Untuk menyembat supaya mata kail lekat dimulut ikan.
  5. Untuk mengawal pegerakan ikan yang ingin melarikan diri dicelah-celah kayu atau reba   

Jika anda hanya mampu untuk memiliki hanya satu atau dua batang joran disarankan anda memilih joran yang panjangnya antara 5 1/2 kaki hingga 8 kaki. Sebagai panduan, berikut adalah pilihan yang sesuai untuk anda gunakan dan terpulang kepada kesesuaiannya;

  1. Joran 8 kaki, kekuatan 12 - 25 paun lenturan sederhana (medium action) sesuai untuk disungai yang besar,
  2. Joran 6 kaki kekuatn 8 - 20 paun lenturan parabolik ( parabolic action ) sesuai untuk pancingan kolam masin dan tawar seperti jenahak., siakap, merah, kerapu, tongsan, pacu, jelawat, keli afrika dan lain-lain.
  3. Joran 13 kaki kekuatan 10 - 20 paun lenturan sederhana ( medium action ) sesuai untuk pancingan pantai untuk mendapatkan lontaran yang jauh dan tepat.
  4. Joran 7 kaki, kekuatan 25 -40 paun lenturan hujung (tip acttion) sesuai untuk pancingan laut .
  5. Joran 5 1/2 kaki, kekuatan 2 -5 paun lenturan parabolik ( parabolic action ) sesuai untuk pancingan udang                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    MENGENAI JORAN                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           



       

    Sebut je joran semua orang tahu tentang kegunaan dan rupa bentuk joran nie..Even budak-budak pun tahu joran nie digunakan untuk memancing ikan..Tak ada pulak orang yang gunakan joran nie untuk memancing selain dari ikan dan udang..
    Kita pun dari kecil lagi dah tahu apa itu joran. Lagi-lagi anak-anak yang bergelar anak nelayan..Pastinya tahu bentuk dan fungsi joran..Kalau zaman kita dulu, kita tak gunakan joran yang betul tue..Kita ambil pokok buluh atau pokok rumbia..Lepas tue pasangkan tali atau tagsi pada hujungnya dan letakkan mata kail..Barulah dapat memancing..
    Tapi, Kalau zaman sekarang tak ada lagi budak-budak buat macam tue kot..Pastinya kalau mereka nak memanncing mak + ayah belikan joran yang betul punya..Cuma mungkin mereka tak bagi joran yang mahal..Cukuplah bagi joran yang biasa je..Asalkan dapat dipakai…
    Sekarang nie terdapat bermacam-macam jenis joran yang ada kat luar sana..Dari yang panjang hinggalah kepada yang pendek..Dari yang mahal hinggalah kepada yang murah..Dari jenis yang terbaik hinggalah kepada jenis yang biasa sahaja..Kesimpulannya, memang banyaklah joran yang terjual kat luar sana sekarang nie..Terpulang kat korang sendiri je lagi nak pilih yang mana satu..Tapi, kalau naka beli joran rue kenalah lihat kepada jenis ikan yang kita nak tangkap..Bukannya tengok rupanya yang cantik je..
    Sebelum korang nak beli joran nie, lebih baik korang tahu dulu kompenan-kompenan yang berkaitan denga joran nie..Lepas tue barulah senag untuk korang membuat pilihan..
    Pertamanya, kita lihat bahan asas joran..Maksudnya joran nie diperbuat daripada apa lah..Kebanyakkan joran dibuat daripada grafit, boron, kevlar dan armored veil..Nie adalah bahan asas untuk membentuk sebatang joran yang sangat kuat…Kalaulah joran korang tue terhentak kat tempat yang keras, joran korang tue akan mudah retak..So, korang kena elakkan joran korang tue terkena hentakan yang kuat..Nanti baru beli, dah tak sampai setahun, rosak pulak..Bukan ke rugi je..
    Keduanya pulak kita lihat kepada tulang belakang joran..Kebanyakkan joran yang dijual sekarang mempunyai tulang belakan ataupun kita panggil sebagai ‘backbone’..Kecualilah jorang untuk pancing layang (fly road)..Joran yang jenis nie tak ada tulang belakang..Untuk ketahui dimana tulang belakang bagi sesuatau joran, cuba korang lenturkan sebatang joran..Bila korang lentur tue, korang akan rasa ada bahagian yang tegap dan kuat..Ha, tue lah yang dipanggil sebagai tulang belakang…
    Yang terakhir kita kena lihat lenturan bagi joran..Setiap joran mempunyai skill lenturannya tersendiri…Lenturan nie tak kiralah sewaktu kita melontar umpan ataupun sewaktu melawan ikan..Ada tiga jenis lenturan yang ada korang perlu ketahui..Lenturan yang pertama adalah lenturan hujung (tip action). Lenturan hujung adalah joran yang melentur pada bahagian atas sahaja. Bahagian tempat pemegang masih tegap dan lurus..Yang keduanya pulak adalah lenturan sederhana (medium action)..Kalau korang ada satu joran je untuk semua jenis pancingan, joran yang mempunyai lenturan sederhana nie adalah yang terbaik..Tapi kena ingat korang tak boleh kasar sangat sebab jenis joran nie untuk aksi yang sederhana sahaja..Last sekali adalah lenturan parabolic (parabolic action).dengan menggunakan joran jenis nie, ia memudahkan kita untuk mengetahui sama ada pancing kita tue dimakan oleh ikan atau tidak..
    joran 2 300x238 Serba Serbi Mengenai Joran..
    Ha, tuelah tadi beberapa perkara mengenai joran nie..Harap-harap lepas baca entri nie pengetahuan korang terhadap joran nie bertambah…Bolehlah korang pilih sendiri jenis joran yang korang nak beli lepas nie..:)

BIODATA DIRI

NAMA : MUHAMAD HAFIZ BIN AZZHARI
JANTINA : LELAKI
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL BUKIT MERTAJAM
ALAMAT : 502 PERMATANG BOGAK 13100 PENAGA S.P.U PULAU PINANG
AGAMA :ISLAM
BANGSA: MELAYU
STATUS PERKAHWINAN : BUJANG
KEWARGANEGARAAN: MALAYSIA
HOBI: MEMANCING

PENDIDIKAN
NAMA SEKOLAH : SEK KEB KEPALA BATAS
NAMA PUSAT PENGAJIAN TINGGI: KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
KURSU: FURNITURE IN DESIGN 
PENGALAMAN KERJA
PENGALAMAN KERJA TERAKHIR : KOBE PERCISION TECH

PERSONALITY
Jujur, sabar, inovatif, ………………………………



PANDANGAN TERHADAP KOLEJ DAN KURSUS 

Kursus yang ditawarkan di KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA menarik
dan suasana pembelajaran selesa serta kemudahan untuk pembelajaran lengkap.
Tenaga pengajar serta staf-staf yang dimiliki KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
profesional,kreatif,inovatif serta bersikap bertolenrasi terhadap para pelajar.